Selasa, 13 Mac 2018

Al Maidah - Ayat 32 Ms 221 Baris ke 10 Dari Atas


 مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Daripada kerana yang demikian itu perbuatan qabil membunuh habil itu telah kami fardhukan wajib atas bani Israel
أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ
Bahawasanya barang siapa yng membunuh satu nyawa dengan tiada sebab bunuh nyawa waris atau dengan tiada sebab berbuat fasiq dalam bumi daripada kufur atau zina atau menyamun dan seumpamanya
فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا
Maka seolah-olah membunuh ia akan manusia sekelian
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ
Dan barang siapa yang menghidupkan akan dia maka seolah-olah menghidup ia akan manusia sekelian daripada sekira-kira binasa hormatnya dan pelihara maka binasa hormat seorang seperti binasa hormat orang kesemua demikin jua peliharanya
وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ
dan sungguh telah dating akan mereka itu bani Israel itu oleh beberapa banyak rasul kami dengan beberapa banyak mukjizat empat ribu rasul antara Musa dan Isa kata setengah tuJuh puloh ribu kemudian bahawa kebanyakan daripada mereka itu kemudian daripada yang demikian itu sungguh melampaui sekelian akan had hukum Allah dengan mengerja perkerjaan yang jadi kufur dan membunuh orang dan lainna yang demikian itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan