Isnin, 13 April 2020

Al Maidah - Ayat 105




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ ۖ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

105. Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

TAFSIR NURUL EHSAN MS 245 BARIS KE 4 DARI BAWAH

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا

Hai segala mereka yang beriman

عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ ۖ

Atas kamu diri kamu sahaja kamu pelihara dan jaga beri pengajaran hokum Allah dan Rasul

لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Tiada mudarat akan kamu oleh mereka yang sesat apabila kamu hidayah akan dia tiada mahu mengikut sabda Nabi sollahu alaihi wasallam suruh oleh kamu dengan ma’ruf dan tegah oleh kamu daripada mungkar hingga apabila engkau telah lihat orang setengah bakhil itu taat akan hawa nafsu diikut akan dunia dilebih atas akhirat dan mengajaib tiap-tiap yang ampunya fikiran dengan fikirannya maka atass engkau diri engkau jua ketika itu