Ahad, 16 Oktober 2016

An Nisa' - Ayat 058 Ms 174

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
Bahawasanya Allah Ta’ala itu menyuruh ia akan kamu baha kamu kembali akan segala amanah-amanah kepada ahlinya turun ini tatkala ambil Ali akan miftah ka’bah anak kunci ka’bah daripada Usman bin Tolhah al Hajabi khadam ka’ba ketika dating Nabi sollahu alaihi wasallam di Mekah amul fatah tahun dapat Mekah dan ditegah Usman akan dia dan kata ia jika aku tahu ia Rasulullah tiada aku tegah akan dia maka pulas Ali akan tangannya dan diambill ia akan miftah dan buka pintu masuk Nabi sollahu alaihi wasallam dan sembahyang ia dua rakaat maka turun ini ayat maka menyuruh Rasulullah dengan kembali keadanya dan sabda ia
هَاكَ خالِدَةْ تَاْلِدَة
Ambil ini berkekalan selama-lama ke hadapan maka ajaib ia daripada yang demikian itu maka baca Ali akan ini ayat maka Islam ia dan beri ia ketika matinya pada saudaranya Syaibah maka tinggal ia pada anak cucunya dan jika warid ini ayat pada sebab yang khas tentu maka umumnya itu dibilang dengan qarinah lafaz jama’
وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ
Dan ambilkamu hukum antara manusia itu menyuruh ia bahawa kamu hukum dengan jalan yang adil
إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ
Bahawasa Allah Ta’ala itu sebaik-baik suatu mengajar ia akan kamu dengannya menunai amanah dan hukum dengan adil
إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah ia Tuhan yang amat mendengar barang yang dikata orang lagi amat melihat barang yang diperbuat orang