Isnin, 25 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 49



وَرَسُولًا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Dan jadi rasul kepada Bani Israel maka meniup Jibrail pada leher baju maka sampai pada percenya maka hamil ia ketika itu umor Maryam sepuloh tahun qil tiga belas tahun qil enam belas tahun serta haidh dua kali dan adalah pekerjaan barang yang disebut pada suruh Mariam dan tatkala sampai umor Isa tiga puluh tahun dibangkit Allah akan dia jadi rasul kepada Bani Israel dan duduk ia pada Bani Israel tiga tahun diangkat kelangit dan yang mu’tamad umor empat ouloh tahun jadi Nabi dan diangkat umor seratus dua puloh tahun maka kata ia bahasanya aku Rasulullah kepada kamu hai Bani Israel.
أَنِّي قَدْ جِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ
Bahawasanya aku sungguh telah aku datang akan kamu dengan alamat atas benarku daripada Tuhan kamu
أَنِّي أَخْلُقُ لَكُمْ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ
Iaitu bahawasanya aku perbuat bagi kamu daripada tanah itu seperti rupa burung
فَأَنْفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِ اللَّهِ ۖ
hidup dengan izin Allah maka perbuat ia bagi mereka itu khafash kelawar atau keluang kerana ia terlebih sempurna burung kejadian maka terbang ia dan mereka itu memandang dan apabila ghaib jatuh mati
وَأُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ
Dan aku sembuh akan akmah  orang yang diperanak buta dan orang baras sopak ditentu keduanya dengan sebutan kerana keduanya penyakit yang lemah akan tobib dan adalah bangkit Isa pada zaman tobib maka menyembuh ia pada satu hari lima puloh ribu dengan doa syarat iman tiada dengan ubatan apa-apa
وَأُحْيِي الْمَوْتَىٰ بِإِذْنِ اللَّهِ ۖ
Dan aku hidup akan orang mati dengan izin Allah doanya ya Hayyu ya qoyyum maka menghidup ia akan ‘Azar  عازر kawannya dan ibnu al ‘ajuz  ابن العجوز dan ibnatul ‘Asyir ابنة العاشر  maka hidup mereka itu dan diperanak bagi mereka itu dan Sam bin Nuh mati balik ia sekarang itu

ORANG YANG DIHIDUPKAN OLEH NABI ISA
(1)        Sahabat Nabi Isa as bernama Azar yang telah mati 3 hari, Nabi Isa ke kubornya dan mendoakannya lalu hidup, hidup semula hingga mendapat anak.
(2)        Anak seorang tua yang sedang diusung ke kubor, di doakan oleh Nabi Isa, maka bangkitlah ia di usungan, hidup beberapa lama sehingga mendapat anak.
(3)        Anak perempuan kepada pemungut cukai didoakan hingga, hidup ia sehingga melahirkan anak.
(4)        Nabi Isa juga menghidupkan Sam bin Nuh yang mati sejat 4000 tahun.
وَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ ۚ
Dan aku khabar akan kamu dengan barang yang kamu akan dan barang yang kamu taruh pada rumah kamu yang tiada kamu lihat akan dia maka adalah Isa khabar ia akan seorang dengan barang yang sudah makan di rumahnya dan akan dimakan
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Bahawa pada yang demikian itu yang tersebut itu sungguh jadi alamat bagi kamu atas benar aku Rasul jika ada kamu itu beriman sekelian