Rabu, 7 Februari 2018

Al Maidah - Ayat 18 Ms 215 Baris ke 8 Dari Bawah

وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَىٰ
Telah berkata orang yahudi dan nasara
نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ ۚ
Kami ini anak Allah dan kekasihnya
قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوبِكُمْ ۖ
Kata olehmu Ya Muhammad maka kerana apa mengazab ia akan kamu dengan segala dosa kamu jika Sebenar perkataan kamu anak Allah dan kekasihnya kerana bapa tiada mengazab akan naknya dan tiada mengazab kekasih akan kekasihnya maka kamu dusta pada kata kamu anak Allah dan kekasih itu
بَلْ أَنْتُمْ بَشَرٌ مِمَّنْ خَلَقَ ۚ
Tetapi kamu itu manusia daripada jumlah makhluk yang kena jadi bagi kamu hukum barang bagi mereka itu atas kamu hukum barang atas mereka itu daripada nikmat dan azab
يَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۚ
Mengampun ia bagi mereka yang dikehendaki ampun dan mengazab ia bagi mereka yang dikehendaki azab tiada i’tiradh atasnya
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Dan bagi Allah Ta’ala semata mata milik tujuh petala langit dan bumi dan barang yang antara keduanya itu dan kepadanya jua tempat kembali kamu membalas ia akan amalan baik dan jahat