Ahad, 4 September 2016

An Nisa' - Ayat 43 Ms 169 - 170

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ
Hai segala orang yang beriman jangan kamu hampir akan sembahyang dan kamu itu banyak daripada minuman yang memabukkan kerana sebab turun ini sembahyang jamaah daripada sahabat ketika mabuk
 حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
Hingga kamu ketahui barang yang kamu baca dengan bahawa sembuhnya kamu daripada mabuk
وَلَا جُنُبًا
Dan tiada disembunyi dengan junub
إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ
Melainkan orang yang musafir dengan tayammum hngga kamu mandi junub maka harus kamu sembahyang dan kata qil dikehendaki menghampir tempat sembahyang masuk masjid melainkan lalu sahaja dengan istisna’ musafir itu kerana baginya hukum asing iaitu
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً
dan jika ada kamu itu sakit tiada boleh kena air atau msafir dan kamu junub atau berhadas atau datang seorang daripada kamu itu daripada hadas atau kamu menyentuh akan perempuan yang bkan mahram yang ada keinginan dan pada Ibnu Abbas iaitu jima’ maka kamu tiada dapat air bersuci dengannya bagi sembahyang kemudian daripada sentuh
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا
Maka hendaklah tayammum kamu akan tanah yang suci maka tepuk kamu dua kali akan akan tanah debu dengan dua tangan kamu
فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ
Maka sapu oleh kamu dengan segala muka kamu dan tangan kamu hingga dua siku
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Bahawasanya Allah Ta’ala itu ada Ia Amat Memaaf lagi Mengampuni