Jumaat, 20 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 150 Baris Ke 7 Dari Atas

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ
Bahawasanya segala mereka yang kufur mereka itu dengan Allah dan segala rasulNya dan menghendaki mereka itu bahawa memfaraq antara Allah dan segala rasulNya dengan beriman dengan Allah sahaja tiada rasul
وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ
Dan kata meeka itu kami beriman dengan setengah rasul dan kami kufur dengan setengah yang lain
وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Dan menghendaki mereka itu bahawa mengambil mereka itu antara yang demikian itu jalan agama

An Nisa' 149 Baris Ke 4 Dari Atas

إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوءٍ
Maka kamu nyata akan kebajikan kamu seperti sedekah atau kamu sembunyi akan dia atau kamu maaf daripada kejahatan zalim orang atas kamu
فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا

Maka bahawasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Amat Mengampuni lagi Amat Kuasa

An Nisa' - Ayat 148 Baris Paling Bawah

۞ لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۚ
Tiada kasih Allah akan jahar menerang dengan kejahatan daripada perkataan arti disiksakan dia melainkan mereka yang kena zalim maka tiada diambil dengan jaharnya dengan mengkhabar khabar orang yang menzalimi dan doa atasnya
وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu TUhan yang Amat Mendengar lagi Amat Melihat bagi perbuatannya

An Nisa' - Ayat 147 Ms 199 Baris Ke 5 Dari Bawah

 مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآمَنْتُمْ ۚ
Tiada memperbuat Allah dengan mengazab kamu yakni orang mukminin jika kamu syukur dan kamu beriman dengan Allah
وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala Tuhan yang menerima syukur bagi segala amalan orang mukminin dengan di balas dengan syurga lagi amat mengetahu dengan makhluqNya