Ahad, 4 Mac 2018

Al Maidah - Ayat 27 Ms 218 Baris Ke 5 Dari Bawah



Surat Al-Ma'idah Ayat 27
۞ وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ 
Dan baca olehmu ya Muhammad atas mereka kaum engkau akan khabaran dua anak Adam Habil dan Qabil itu dengan Sebenar bahawa Hawa adalah ia beranak satu perut dua orang lelaki seorang perempuan seorang melainkan Nabi Shith tunggal seorang dua puloh kali beranak jumlah tiga puloh Sembilan orang dua puluh lelaki Sembilan belas perempuan diberkati Allah Ta’ala pada anak Adam tiada mati ia hingga samai anak cucu cicit empat puloh ribu umornya seribu tahun kata setengah Ulama’ telah jima’ Adam akan Hawa kemudian daripada turun ke bumi setahun maka diperanak Qabil dan apabila pada satu perut kemudian Habil dan Luda pada satu perut antara kedua itu dua tahun maka tatkala besar Qabil dan Habil menyuruh Allah akan Adam bahawa kahwin Qabil akan Luda dan kahwin Habik akan Iqlima adalah Iqlima itu cantik daripada Ludha maka mengkhabar Adam akan keduanya maka redha Habil dan marah Qabil dan berkata ia saudara aku dan aku terlebih mustahak dengannya kami daripada anak bunting dalam syurga dan keduanya bunting di bumi maka kata Adam bahawa Iqlima itu tiada halal bagi engkau maka dibantah Qabil dan berkata ia Allah Ta’ala tiada suruh engkau dengan ini hanya dari fikiran engkau sahaja maka kata Adam buat Qurban kedua kamu maka siapa-siapa yang diterima qorban maka ialah yang mustahak maka adalah qurban yang diterima Allah turun api putih dariapda langit memakan dia dan yang tiada terima tiada turun api dimakan oleh burung-burung dan binatang-binatang sahaja.
 إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ
Ketika berbuat qurban kedua-dua akan sebagai qurban maka diterima daripada salah seorang keduanya dan tiada diterima daripada yang lain adalah Qabil memunyai tanaman gandum padi dan Habil mempunyai kambing maka mengehaja qabil satu kamil gandum yang terlebih hodoh perbuat qurban dan azam dalam hatinya akau tidak hirau terima atau tiada aku tiada boleh seorang kahwin saudaraku lain daripada aku dan menghaja habil kepada yang terlebih elok kibash pada kambing-kambingnya dan cita-cita dalam hatinya kerana tuntut keredhaan Allah maka bawa keduanya akan qurban kedua itu dihantar atas bukit kemudian berdoa Adam maka turun api dari langit makan qurban Habil dan kata qil diangkat ke dalam syurga maka dipelihara akan dia hingga ditebus dengannya akan Nabi Ismail alaihissalam dan tiada diterima daripada qurban qabil hanya dimakan oleh burung-burung dan binatang-binatang maka marah ia dan irmi dalam hatinya hingga pergi hai Adam dan ghaib ia daripada mereka itu maka dating qabil kepada habil pada tempat kambingnya
قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ
Berkata ia demi Allah aku hendak bunuh engkau kerana Allah Ta’ala terima qurban engkau
قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Kata habil hanya yang Allah Ta’ala terima qurban itu daripada orang yang muttaqin yang takut akan Allah dengan junjung suruhannya dan tegahnya dan kata Habil

Al Maidah - Ayat 26 Ms 218 Baris Pertama


Surat Al-Ma'idah Ayat 26
قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ
FirmanNya maka bahawasa bumi Baitul Maqdis itu diharamkan atas mereka itu masuk ke dalamnya empat puloh tahun sesat jalan mereka itu pada bumi padang tih  tiada boleh keluar riwayat adalah mereka itu enam ratus ribu orang berjalan mereka itu semalam malaman bersungguh-sungguh berpagi-pagi mereka itu pada tempat mula berjalan mereka itu siang hari demikian jua adalah tempat itu Sembilan farsakh lebar tiga puloh farsakh panjang satu farsakh tiga mil hingga mati sekelian di padang tih melainkan mereka yang belum umor dua puloh tahun masuk tempat itu mati Harun dan Musa di padang tih kemudian daripada Harun setahun maka Harun tua daripada Musa setahun
فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
Maka jangan kamu dukacita Ya Musa atas kaum yang fasiq-fasiq itu kerana mereka itu mustahak yang demikian itu sebab fasiq mereka itu adalah kejadian padang Tih itu dirahmat bagi Musa dan Harun dan Yusya dan Kalib azab bagi mereka itu sekelian dan Nabi Musa pohon akan Tuhannya ketika matinya bahawa hampirkan dia pada bumi Baitil Maqdis satu kali lempar batu maka menghampirkan dia seperti pada hadis dan di angkat Yusya’ jadi Nabi kemudian daripada empat puloh tahun dan suruh perang jabbarin maka pergi ia dengan askar yang tinggal dan berperang ia akan mereka itu hari Jumaat dan direntikan matahari satu saat hingga selesai ia daripada perang mereka itu telah rayat Imam Ahmad hadis bahawa matahari tiada ditahan atas seseorang melainkan bagi Nabi Yusya’ segala malam yang ia berjalan ke Baitil Maqdis dan bagi Nabi Muhammad dua kali Pertama hari perang khandak ketika lalai mereka itu daripada sembahyang asar hingga jatuh matahari maka dikembalikan dia oleh Allah Ta’ala hingga dapat sembahyang tunai kedua pagi malam Mi’raj ketika mengkhabarkan ia dengan datang angkatan unta ketika jatuh matahari maka jatuh matahari angkatan belum datang maka dikembali Allah akan matahari hingga dating angkatan Mukjizat bagi Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam.