Rabu, 15 Ogos 2018

Al Maidah - Ayat 66 Ms 234 Baris Ke 2


وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِمْ
Dan jikalau mereka itu diberi akan taurat dan injil dengan ikut hukum keduanya dan barang yang diturunkan kepada mereka itu daripada segala kitab-kitab daripada Tuhan mereka itu
لَأَكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ ۚ
Nescaya memakan mereka itu daripada atas kepala mereka itu dan daripada bawah kaki mereka itu kinayah daripada banyak
مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ ۖ
Setengah daripada mereka itu jamaah yang adil ikut suruh Allah dan Rasul tiada taqsir pada amalan seperti Abdullah Ibnu Salam dan sekelian yang beriman dengan Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam.
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ
Dan kebanyakan daripada mereka itu sejahat-jahat barang yang berbuat amalan mereka itu tiada menurut hukum


Al Maidah - Ayat 65 Ms 233 Baris Ke 2 Dari Bawah


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَكَفَّرْنَا عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأَدْخَلْنَاهُمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
Dan jika bahawa ahli kitab nasara yahudi itu beriman dengan Nabi Muhammad dan memeilihara mereka itu daripada jadi kafir nescaya kami ampun daripada mereka itu akan segala dosa mereka itu yang dahulu daripada beriman dan kami masukkan mereka itu ke dalam syurga yang bernama Jannah An Nai’m