Khamis, 8 November 2018

Al Maidah - Ayat 97 Ms 243 - 244 Baris Ke 8 Dari bawah


جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ
Dan menjadi oleh Allah Ta’ala akan ka’abah Baitullah Al Haram tempat berdirian agama bagi manusia dengan kerja haji
وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ
Dan menjadi bulan asyhur al Haram itu tempat perdirian agama kerana aman daripada perang dalam bulan itu iaitu Zulkaedah Zulhijjah Muharram dan Rejab
وَالْهَدْيَ وَالْقَلَائِدَ ۚ
Dan menjadi unta hadiah kepada tanah haram dan qolaid gantung sepotong ranting kayu tanah haram di leher iatu jadi perdirian agama aman daripada dirampas saun atas orang itu
ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
Bermula demikian itu kejadian itu supaya kau ketahui bahasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang ketahui barang yang tujuh lapis langit dan barang yang di dalam bumi
وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan bahawasanya Allah Ta’ala itu dengan tiap-tiap suatu amat ketahui yang memberi muslihat bagi kamu dan memberi mudharat atas kamu dan yang akan datang tiada tersembunyi atas Allah Ta’ala

Al Maidah - Ayat 96 Ms 243 Baris Ke 6 Dari Atas


أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
Dihalalkan bagi kamu hai manusia perburuan laut dan makanannya ikan mati ombak bawa ke darat bahawa kau makan akan dia iaitu tiap-tiap binatang tiada hidup di darat seperti ikan dan ketam dan udang dan haram binatang yang hidup di laut dan darat seperti ketam batu dan katak dan buaya dan ular dan haram binatang laut yang bawa racun
مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ ۖ
Bersedap-sedap bagi kamu dan bagi orang musafir buat segala ikan kering
وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا ۗ
Dan haram atas kamu itu memburu perburuan daratan selama ada kamu itu ihram haji atau umrah dan binatang yang berubah jadi bangkai haram makannya bersalahan perburuan orang tiada ihram maka halal bagi orang yang ihram makannya
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dan takut oleh kamu akan Allah ta’ala Tuhan yang kepadanya dihimpun kamu di akhirat maka membalas IA akan amalan kamu dengan jenisnya daripada baik dan jahat

masalah ejaan .... berubah