Isnin, 24 April 2017

An Nisa' - Ayat 069 Ms 177

 وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ
Dan barang siapa yang taat akan Allah ta’ala dan Rasul ada junjung suruhan keduanya itu maka mereka itulah serta segala mereka yang telah diberi ni’mat Allah Ta’ala atas mereka itu daripada segala nabi-nabi dan segala orang yang benar-benar sahabat nabi yang besar besar kerana mubalaghah bersangatan mereka itu pada benar hati dan memberi nabi dan segala orang yang mati syahid dan segala orang yang soleh-soleh lain daripada sahabat
وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا
Dan sabaik-baik mereka itu kawan rafiq dalam syurga dengan ambil bersedap-sedap dalam syurga dengan pandang dan ziarah dan hadir serta mereka itu dan jika ada mereka darjat yang tinggi sekalipun