
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta
hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ
الْخَوفْ
Demi Allah sungguh Kami hendak cuba akan kamu dengan
suatu daripada ketakutan daripada seteru
وَالْجُوعِ
Dan lapar kemarau
Dan kekurangan daripada harta dengan dibinasa dan
kekurangan manusia dengan mati dan kena bunuh dan kesakitan dan kekurangan
buah-buahan dengan kena penyakit maka kami hendak lihat adakah kamu sabar atau
tiada
وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Dan persuka olehmu Ya Muhammad akan segala oang yang
baik sabar atas bala itu dengan syurga lepas dari neraka.
TAMBAHAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”
Riwayat at-Tirmidzi
Huraian
1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.
2. Islam
melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan
mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat.
Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah
suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia
menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga
menjadi kufur terhadap Allah SWT.
3. Oleh
itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta
kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT
sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong
untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas
bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan
beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak