Rabu, 19 Julai 2017

An Nisa' - Ayat 104 Ms 189

dan turun tatkala menyuruh Nabi solllahu alahi wasallam satu toifah pada ikut Abi Sufian dan sahabatnya pada ketika kembali mereka daripada Uhud maka mengadu hal mereka itu akan banyak kena luka

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ
Dan jangan kamu dhaif pada ikut kaum kafir kamu bunuh akan mereka itu

إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
Jika ada kamu sakit maka bahawasa mereka itupun sakit seperti barang yang kamu sakit juga dan kamu ada harap daripada Allah Ta’ala barang yang mereka itu tiada harap daripada Syurga dan ampun dosa maka sayugia bahawa kamu terlebih gemar daripada mereka itu

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim pada perbuatanNya 

An Nisa' - Ayat 103 Ms 189

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ
Maka apabila selesai kamu akan sembahyang maka hendaklah kamu sebut akan Allah banyak-banyak pada berdiri dan duduk dan berbaring atas lambung kamu arti tiap-tiap kelakuan

فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ
Maka apabila aman kamu maka diri oleh kamu akan sembahyang dengan segala haknya

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Bahawasanya sembahyang itu adalah ia atas segala orang mukminin fardhu yang di waktu maka tiada dita’khir daripadanya,