Ahad, 18 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 125 Muka Surat 134



بَلَىٰ ۚ
Sebenar memadakan kamu yang demikian itu
إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ
Jika kamu sabar atas bertemu seteru dan kamu takut akan Allah pada menyalahiNya dan datang mereka itu akan kamu daripada waktu mereka itu
هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ {125}
Ini menolong akan kamu oleh Tuhan kamu dengan lima ribu daripada Malaikat beralamat sekelian dan sungguhn telah sabar mereka itu dan menunai Allah akan janji mereka itu dengan bahawa berperang serta mereka itu Malaikat atas kuda belok atas mereka itu serban kuning atau putih mengeluarkan dia antara belikat mereka itu rupa lelaki

Ali Imran - Ayat 124 Muka Surat 134




إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ
Ketika engkau berkata bagi orang mukminin kerana menetapkan hati mereka
أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُنْزَلِينَ {124}
 Tiadakah memadakan kamu bahawa tolong akan kamu oleh Tuhan kamu dengan tiga ribu daripada Malaikat yang diturunkan

Ali Imran - Ayat 123 {Muka Surat 133 - 134}



KISAH PECAH PERANG

Dan turun tatkala pecah belah mereka itu pada perang Uhud sebab berhadap mereka keapda rampasan kerana mengingat dengan ni’at Allah
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ
Dan sungguh telah tolong akan kamu oleh Allah pada perang Badar tujuh belas Ramadhan tahun yang kedua daripada Hijrah jadi menang dan kamu itu azillah hina dengan sedikit orang dan sedikit senjata maka Badar itu tempat antara Mekah dan Madinah
فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ {123}
Maka takut oleh kamu akan Allah mudah mudahan syukur kamu akan ni’matnya.

Ali Imran - Ayat 122



إِذْ هَمَّتْ طَائِفَتَانِ مِنْكُمْ أَنْ تَفْشَلَا
Sebut olehmu ketika mencita-cita oleh dua firqah daripada kamu itu bahawa takut kedua dan hendak balik ke Madinah banu salamah dan bau harithah tatkala balik Abdullah bin Ubai yang munafiq dan segala sahabatnya dan berkata ia Abdullah bin Ubai ini jalan kita hendak bunuh diri kita dan anak-anak kita dan kata lagi ia bagi abi Jabir As Sulami yang berkata baginya aku pinta akan kamu dengan Abdullah pada Nabi kamu dan diri kamu jangan kamu tinggal jawab mereka itu Abdullah bin Ubai jika kami tahu berperang nescaya kami ikut akan kamu maka tetap akan keduanya oleh Allah Ta’ala dan tiada jadi balik kedua itu
وَاللَّهُ وَلِيُّهُمَا ۗ
Dan Allah Ta’ala itu Wali yang menolong keduanya dan memelihara keduanya ikut orang munafiq
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ {122}
Dan atas Allah itu maka hendaklah berserah sekeliah orang mukminin tiad atas lainnya.