Isnin, 30 November 2015

Ali Imran - Ayat 147



وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَنْ قَالُوا
Dan tiada ada perkataan mereka itu ketika bunuh nabi mereka itu serta tetap dan sabar mereka itu melainkan bahawa berkata mereka itu
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ {147}
Hai Tuhan kami ampunkan bagi kami segala dosa kami dan melampau had kami pada pekerjaan kami dan tetap segala kaki kami ketika perang dan tolongkan kami menang atas segala kaum kafir

Ali Imran - Ayat 146



وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Dan banyak daripada nabi-nabi itu elah berperang sertanya oleh jamaah yang banyak daripada ulama dan ubbad maka tiada takut mereka itu bagi barang yang kena akan mereka itu daripada luka dan bunuh nabi-nabi mereka itu dan sahabat-sahabat mereka itu
وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ
Dan tiada dhaif mereka itu daripada jihad perang dan tiada menghina mereka itu bagi seteru mereka itu seperti perbuatan kamu ketika dekat nabi kena bunuh itu
وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ {146}
Dan Allah Ta’ala itu kasih Ia akan orang yang sabar atas bala