Selasa, 27 November 2018

Al Maidah - Ayat 101 Ms 244

turun tatkala membanyak mereka itu akan Tanya Rasulullah daripada fardhu haji adakh tiap-tiap tahun dan bapanya di mana dalam syurga, atau …. Ayat 101

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala mereka yang beriman
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ
Jangan kamu Tanya daripada segala perkara-perkara yang tiada menafaat akan kamu
إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
Jika dinyata bagi kamu pertanyaan itu nescaya menyakiti akan kamu seperti jawab Rasulullah bapa engkau dalam neraka
وَإِنْ تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ
Dan jika kamu tiada daripada yang manafaat kamu ketika turun Quran menyatanya dan manakala dinyata kau susah hati maka janganlah kamu Tanya daripadanya kerana tiada manafaat bagi kamu
عَفَا اللَّهُ عَنْهَا ۗ
Telah memaafkan Allah Ta’ala daripadanya pertanyaaan itu maka jangan kamu ulang lagi
وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengampuni lagi halim tiada menyegera azab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan