Isnin, 12 Februari 2018

Al Maidah - Ayat 19 Ms 216 Baris Ke 6 Dari Atas

Zaman Fatrah
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِنَ الرُّسُلِ
Hai ahli kitab sungguh telah datang akan kamu itu oleh Rasul Kami Nabi Muhammad menyata ia bagi kamu akan segala syariat agama atas zaman fatrah di masa putus daripada segala rasul kerana tiada antara Nabi Muhammad dan Isa itu rasul masa yang demikian itu ima ratus enam puloh Sembilan tahun (569 tahun)
أَنْ تَقُولُوا مَا جَاءَنَا مِنْ بَشِيرٍ وَلَا نَذِيرٍ ۖ فَقَدْ جَاءَكُمْ بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Bahawa jangan kamu kata ketika diazab kamu pada hari kiamat tiada datang akan kami rasul yang menyukai kami dan menakuti kami maka sungguh elah dating akan kamu oleh rasul yang menyukai dan menakuti kamu yang mengikut dengan syurga dan yang bantah dengan neraka maka tiada uzor lagi bagi kamu ketika itu yang melepaskan daripada azab