Selasa, 23 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 73



 وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ
Dan jangan kamu beriman melainkan ereka yang ikut
قُلْ
Kata olehmu
إِنَّ الْهُدَىٰ هُدَى اللَّهِ
Bahawasa hidayah itu hidayah Allah agama Islam dan yang lain dolalah (sesat)
أَنْ يُؤْتَىٰ أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ
Bahawa didatang akan seorang seumpama barang yang didatang akan kamu daripada kitab dan hikmah dan fadhilat yakni kata yahudi jangan kamu iqrar dengan baha seorang didatang yang demikian itu melainkan mereka yang ikut agama kamu
أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ ۗ
Atau berhujjah mereka itu akan kamu pada sisi Tuhan kamu pada hari kiamat kerana kamu terlebih hajat agama firman Allah Ta’ala
قُلْ
Kata olehmu
إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ
Bahawasanya pemberia itu dengan tangan Allah Ta’ala mendatang Ia akan dia akan mereka yang dikehendaki maka di mana kata kamu tiada diri seorang seumpama yang diberi akan kamu
وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ {73}
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Luas pemberianNya lagi amat Ketahui akan mereka yang dikehendaki

Ali Imran - Ayat 72



وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ {72}
Beriman oleh kamu dengan Quran yang diturun atas orang mukminin itu pagi hari dan kufur kamu akhirnya mudah mudahan mereka itu kembali mereka itu kepada agama kamu kerana kata mereka itu tiada kembali yahudi daripada agama Muhammad kemudian daripada masuk padanya melainkan kerana ketahui mereka itu akan batilnya kerana mereka itu ada kitab dan kata mereka itu yahudi pula

Ali Imran - Ayat 71



يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ {71}
Hai ahli kitab kerana apa kamu campur akan yang benar dengan yang batil dengan ubah dan tukar sifat Nabi Muhammad dan kamu sembunyi akan yang sebenar dan kamu ketahui bahawasanya Muhammad itu sebenar nabi.

Ali Imran - Ayat 70



يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ {70}
Hai ahli kitab kerana apa kamu kufur dengan segala ayat Alah Ta’ala Quran yang melengkapi atas sifat Muhammad saw dan kamu ketahui bahawasanya ia sebenar nabi.

Ali Imran - Ayat 69



وَدَّتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ
Telah bercita-cita satu toifah (kumpulan) dariapda ahli kitab bahawa menyesat mereka itu akan kamu
وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ {69}
Dan tiada sesat mereka itu melainkan diri mereka itu dan tiada sedar mereka tiu yang demikian itu