Rabu, 2 April 2014

Al Baqarah - Ayat 193



وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلّهِ فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلّهِ
Dan perang oleh kamu akan mereka itu kuffar hingga tiada ada fitnah orang kafir dengan tiada kuffar tempat itu dan jadilah agama itu bagi Allah Ta’ala semata-mata tiada di sembah lainnya.
فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ
Maka jika berhenti mereka itu daripada kufur dengan masuk Islam maka tiada berseteru lagi dengan bernunuh atau lainnya melainkan atas segala orang yang zalim-zalim

Al Baqarah - Ayat 192



فَإِنِ انتَهَوْاْ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

TAFSIR NURUL IHSAN


فَإِنِ انتَهَوْاْ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maka jika berhenti mereka itu daripada kufur dengan masuk Islam maka bahawasanya Allah Ta’ala Tuhan yang amat mengampuni lagi amat Rahim bagi mereka itu.