Isnin, 23 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 25



فَكَيْفَ إِذَا جَمَعْنَاهُمْ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ
Maka betapa hal apabila Kami himpun mereka itu bagi hari qiyamat yang tiada syak padanya
وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan sempurna akan tiap-tiap seseorang itu barang yang ia usaha daripada baik dan jahat dan mereka itu tiada dizalimi mereka itu dengan kurang kebajikan atau tambah kejahatan dan turun tatkala janji oleh Nabi sollahu alaihi wasalam akan umatnya akan kerjayaan negeri faris dan rom maka kata munafiqun “haihat2” jauh-jauh