Ahad, 26 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 24 Ms 164

۞ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۖ
Dan diharam segala yang mempunyai suami daripada perempuan dahulu daripada dicerai oleh suaminya merdeka muslim ada mereka itu atau tiada melainkan barang yang milik oleh tangan kamu daripada hamba perempuan dengan tawanan maka harus kamu wati’ mereka itu kemudian daripada istibra’ dengan segala haidh dan jika ada suami sekalipun
كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ
Difardhukan Allah ta’ala atas kamu yang demikian itu
وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ ۚ
Dan dihalal bagi kamu barang yang lain yang diharam atas kamu itu bahawa kamu tuntut perempuan dengan harta kamu mahar atau harga hal kamu berkahwin tiada zina
فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ
Maka mana-mana peempuan yang kamu ambil kekaan dengannya daripada mereka itu perempuan kamu kahwin dengna wati’ itu maka beri oleh kamu akan mereka itu mahar mereka itu yang kamu fardhukan bagi mereka itu itu fardhu
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ ۚ
Dan tida mengaa atas kamu pada barang yang kamu beridha ridha dengan mereka itu daripada perkurang atau perebih mahar itu
 إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Bahasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan Yang Amat Mengetahui dan Amat Halim pada barang yang ditadbir bagi mereka itu.

An Nisa' - Ayat 22 Ms 162

Haram Isteri Bapa

وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۚ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan jangan kamu nikah barang yang nikah oleh bapa kamu daripada perempuan itu melainkan barang yang telah lalu masa jahiliah dimaaf bahasa nikah isteri bapa bahasa nikah isteri bapa itu adalah ia kejahatan yang mengkeji oleh syarak dan murka dariapda Allah dan sejahat-jahat jalan mengkeji oleh adat.


An Nisa' - Ayat 21 Ms 162

وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَىٰ بَعْضُكُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ
Dan betapa kamu hendak ambil akan dia dan sungguh telah sampai hajat setengah kamu kepada setengah dengan jima’ yang menetap bagi mahar
وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا
Dan telah ambil mereka itu perempuan daripada kamu itu akan perjanjian yang sangat kukuh iaitu barang yang menyuruh Allah dengannya daripada pegang dengan kebaikan dan lepas keelokkan.

An Nisa' - Ayat 20 Ms 161

وَإِنْ أَرَدْتُمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَكَانَ زَوْجٍ
Dan jika berkehendak kamu tukar ganti isteri dengna kamu talak akan dia dan kamu nikah lain
وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا ۚ
Dan kamu beri akan seorang mereka itu harta yang banyak mahar maka jangan kamu ambil balik daripadanya akan suatu
أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
Adakah kamu ambil akan dia dengan zalim dan dosa yang nyata