Isnin, 25 April 2016

Ali Imran - Ayat 192 (M/s 151)

رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ
Hai Tuhan kami bahawasa Engkau sesiapa yang Engkau masuk akan neraka itu maka sungguh telah Engkau hinakan dia.
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ {192}

Dan tiada bagi segala orang yang zalim itu daripada pertoongan yang menegah akan mereka itu daripada azab Allah

Ali Imran - Ayat 191 (M/s 151)

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ
Segala mereka yang banyak menyebut akan Allah ketika berdiri dan duduk dan berbaring mereka itu makna pada tiap-tiap kelakuan
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Dan mengambil fikiran mereka itu pada kejadian tujuh lapis langit dan bumi supaya mengambil dalil mereka itu atas kekuasaan Allah Ta’ala yang menjadikan keduanya berkata mereka itu
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا
Hai Tuhan kami tiada Engkau jadi akan kejadian yang kami lihat ini batil bermain sahaja tetapi dalil atas kesempurnaan kudrat engkau
سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ {191}

Maha suci Engkau maka peliharakan kami akan azab neraka.

Ali Imran - Ayat 190 (M/s 151)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Bahawasanya pada kejadian tujuh petala langit dan bumi dan barang yang dalam keduanya daripada segala yang ajaib-ajaib
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
Dan bersalahan malam dan siang dengan datang pergi dan lebih dan kurang itu
لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ {190}

Beberapa dalil yang menunjukkan atas qudah Allah Ta’ala bagi segala orang yang mempunyai akal fikiran