Isnin, 2 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 44 Ms 226 Baris Ke 4 Dari Atas



إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ
Bahawasa kami telah kami turun akan kitab Taurah pada Nabi Musa ada pada dalamnya hidayah kepada jalan yang betul daripada yang sesat dolalah dan nur menerang bagi segala hukum agama menghukum dengannya oleh segala nabi-nabi daripada bani Israel yang Islam mereka itu berserah bagi Allah semata mata menghukum bagi segala yahudi dan segala ulama dan fuqaha’
بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ
Dengan sebab barang yang disuruh pelihara mereka itu akan dia daripada kitab allah bahawa jangan ditukar-tukar akan dia
وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ
Dan adalah mereka itu atasnya jadi saksi bahawa Taurah itu Sebenar
فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ
Maka jangan kamu takut akan manusia hai yahudi pada menzahirkan hukum yang Sebenar pada kamu daripada sifat Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam dan huum rejam dan lain
وَاخْشَوْنِ
Dan taku oleh kamu akan daku pada menyembunyikan hukum
وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ
Dan jangan kamu tukarkan dengan segala ayatku itu kepada harga yang sedikit daripada dunia kamu ambil akan dia atas sembunyinya
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan barang yang telah diturunkan oleh Allah Ta’ala maka bermula mereka itu mereka itulah yang kafir sekelian

Al Maidah - Ayat 43 Ms225 Baris Kedua Dari Bawah


وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِنْدَهُمُ التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ اللَّهِ
Dan betapa meminta hukum mereka itu akan dikau adalah pada mereka itu kitab Taurah yang ada di dalamnya hukum Allah dengan rejam ertinya tiada qosad mereka itu dengan datang kepada engkau hendak ketahui yang benar tetapi kerana menjadi hukum yang ringan
ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ
Kemudian berpaling mereka itu daripada kemudian yang demikian itu
وَمَا أُولَٰئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ
Dan tiada mereka itu sekelian dengan beriman

Dibentang pada Hari Selasa 3 Julai 2018 di Masjid Bukit Indah dalam kuliah Subuh rengkas.