Ahad, 24 Ogos 2014

Al Baqarah - Ayat 237



وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

TAFSIR NURUL IHSAN
وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ
Dan jika kamu talak akan mereka itu dan sungguh telah kamu fardhu bagi mereka itu mahar akan sebagai fardhu maka wajib setengah barang yang telah kamu fardhu
إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ
Melainkan bahawa memaafkan oleh mereka itu isteri atau memaaf oleh suami dengan tangannya aqad nikah dengan tinggal mahar bagi isteri sekelian
وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
Dan bermula maaf-maaf kamu itu terlebih hamper bagi taqwa akan Allah daripada insaf
وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ
Dan Jangan kamu lupa akan kebaikan antara kamu laki isteri dan ibu bapa keduanya
إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Bahasanya Allah Ta’ala dengan barang yang kamu kerja itu amat melihat maka membalas Ia akan kamu dengannya