Isnin, 25 September 2017

An Nisa' - Ayat 132 Ms 196

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Dan bagi Allah Ta’ala barang yang ada dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi diulang-ulangkan dia kerana menetap sebab yang mewajib taqwa kepada Allah dan memadalah dengan Allah Ta’ala itu saksi dengan bahawa barang yang di dalam kedua itu milikNya

An Nisa' - Ayat 131 Ms 195 - 196

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
Dan milik bagi Allah barang yang dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi
وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ
Dan sungguh telah kami wasiat akan segala mereka yang diberi mereka itu kitab daripada dahulu kamu daripada yahudi dan nasrani dan akan kamu itu bahawa takut oleh kamu akan Allah Ta’ala dengan kamu taat akan dia pada amaran dan nahinya dan jangan memaksiatkan Dia
وَإِنْ تَكْفُرُوا
Dan jika kamu kufur dengan wasiat itu
فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
Maka bahawasa bagi Allah barang yang dalam tujuh petala langit an barang yang dalam bumi kejadian dan milik dan hamba maka tiada mudharat akan dia kerana kufur kamu
وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat Kaya daripada makhlukNya lagi Amat kepujian pada perbuatannya