Rabu, 2 September 2015

Ali Imran - Ayat 104



 وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ
Dan hendaklah ada daripada kamu itu umat yang menyeru kepada jalan kebajikan Islam dan menyuruh mereka itu dengan ma’ruf kebaikkan dan menegah mereka itu daripada mungkar maksiat
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ {104}
Dan bermula mereka itu mereka itulah yang dapat kemenangan dengan Syurga

Ali Imran - Ayat 103



وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا
Maka berpegang oleh kamu dengan agama Allah itu sekelian
وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ
Dan jangan kamu berpecah-pecah kemudian daripada Islam
وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
Dan ingatlah oleh kamu akan ni’mat Allah Ta’ala atas kamu hai sekelian Aus dan Khazraj
إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ
Kerana adalah kami itu berseteru masa jahiliyah maka menjikan-jinak Ia antara hati kamu dengan Islam
فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
Maka jadi kamu dengan ni’matnya itu bersaudara mara pada agama dan perintahnya wilayah bertolong-tolong
وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ
Dan adalah kamu itu atas tepi lubang daripada neraka antara kamu dengan masuk neraka itu melainkan mati kafir sahaja maka melepas ia akan kamu daripadanya dengan iman Islam
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ {103}
Seperti yang demikian itu menyata oleh Allah Ta’ala bagi kamu akan segala ayatNya mudah-mudahan kamu dapat hidayah kepada sekelian jalan agama.