Khamis, 1 Februari 2018

Al Maidah - Ayat 17 Ms 215 Baris Ke 5 Dari Atas

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۚ قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ۗ وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam". Katakanlah: "Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?". Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

TAFSIR NURUL IHSAN

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۚ
Sungguh telah jadi kufur segala mereka itu yang berkata bahawasa Allah iaitu masih anak Maryam sekira jadi mereka itu akan dia tuha mereka itu yakubiah satu firqah nasoro
قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ۗ
Kata olehmu ya Muhammad maka siapa yang milik boleh menegah daripada Allah Ta’ala satu jika menghendaki ia bahawa binasa akan Isa Masih anak Maryam dan ibunya  dan mereka yang di dalam bumi sekelian itu tiada seorang yang milik menegah dan jika ada masih itu tuhan necaya kuasa ia atasnya
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ
Dan bagi Allah Ta’ala semata-mata jua yang milik tujuh petala langit langit dan bumi dan barang yang antara keduanya tiada lain daripada Allah
يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ
Menjadi ia akan barang yang dikehendaki daripada mulia dan hina memati menghidup
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan Allah Ta’ala itu atas tiap- tiap suatu amat kuasa

Al Maidah - Ayat 16 Ms 214 Baris Paling Bawah

يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

TAFSIR NURUL IHSAN
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ
Menghidayah dengannya oleh Allah Ta’ala akan mereka yang ikut keredhaan Nya dengan beriman Nabi Muhammad itu akan egala jalan selamat dunia akhirat
وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ
Telah mengeluar akan mereka itu daripada segala kelam kufur kepada cerah nur iman dengan kehendakNya
وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Dan beri pertunjuk ia akan mereka itu kepada jalan agama yang betul agama Islam

Al Maidah - Ayat 015 Ms 214 Baris 8 Dari Bawah


يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.


TAFSIR NURUL IHSAN

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
Hai ahli kitab yahudi nasoro
قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ
Sungguh telah datang akan kamu oleh rasul Kami Muhammad menyata ia bagi kamu itu akan kebaikan daripada barang yang ada kamu sembunyi daripada kitab Taurat dan Injil sperti ayat rejam dan sifat Muhammad dalam Taurat dan Injil
وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ
Dan memaaf ia daripada kebanyakan yang kamu sembunyi tiada nyata akan dia kerana tiada muslihat yang besar
 قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ

Sungguh telah datang akan kamu hai yahudi dan nasoro daripada Allah Ta’ala itu nur iaitu Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam dan kitab Quran yang menyatakan segala hukum-hukum