Selasa, 2 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 32 Ms 166

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ
Dan jangan kamu cita-cita akan barang yang kurnia Allah Ta’ala dengannya setengah kamu akan setengah daripada pihak dunia atau agama supaya tiada membawa kepada berhasad-hasad dan bermarah-marah
لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ
Bagi segala lelaki itu bahagian thawab pahala daripada barang yang mereka itu usaha berbuat amal daripada perang sabil dan lain-lain dan bagi segala perempuan itu bahagian daripada barang yang mereka it usaha daripada taat suami dan pelihara faraj mereka itu daripada zina turun ini tatkala kata Ummu salamah mudah mudahan kita sekelian perempuan maka boleh kita pergi berperang dan dapatlah kita pahala seumpama lelaki
وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ ۗ
Dan pohon oleh kamu akan Allah ta’ala daripadanya bagi suatu yang kafir berhajat memberi ia akan kamu
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Bahasa Allah Ta’ala itu adalah dengan tiap-tiap suatu amat mengetahui dan setengah daripadanya tempat yang boleh dikurnia dan pinta oleh kamu


An Nisa' - Ayat 31 Ms 166

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ
Dan jika kamu jauh akan dosa besar barang yang dekat kamu daripadanya iaitu barang yang warid atasnya wai’d seperti bunuh dan zina dan mencuri daripada ibnu Abbas iaitu kepada tujuh ratus terlebih hampir
نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا
Nescaya kami kaffarah daripada kamu akan segala dosa kecil kamu dengan mengerja taat dan kami masuk akan kamu akan tempat yang mulia Syurga