Isnin, 19 Mac 2018

Al Maidah - Ayat 33 Ms 221 Baris Ke 3 Dari Bawah



HUKUM MENYAMUN
Dan turun pada ‘Ariniyiin satu qabilah daripada Arab delapan orang datang mereka itu ke Madinah dan mereka itu sakit maka mengizin Nabi Sollahu alaihi wasalam bagi mereka itu keluar pergi duduk di kandang unta lima belas ekor meminum susunya dan kencingnya maka tatkala sihat mereka itu membunuh akan gembala unta itu dan mengambil mereka itu akan unta itu maka menyuruh Nabi pada tangkap mereka itu Kirz bin Jabir Al Mahri dua puloh orang maka ditangkap mereka itu dan diazab mata mereka itu dengan besi hangat dan dikerat tangan mereka itu dan jemur pada tengah panas sampai mati
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
Hanya balasan segala mereka yang perang akan Allah dan RasulNya dengan perang orang muslimin
وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا
Dan berbuat fasid mereka itu pada bumi akan sebagai fasid dengan menyamun jalan itu
أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ
Bahawa dibunuh mereka itu atau disula mereka itu atau dikerat tangan dan kaki mereka itu daripada selain tangan kanan kaki kiri atau di buang daripada negeri maka dibunuh itu bagi mereka yang membunuh orang dan tiada ambil harta dan sula itu bagi mereka yang bunuh dan ambil harta dan kerat tangan itu bagi yang ambil harta sahaja tiada dibunuh dan buang negeri itu bagi mereka yang menakuti jalan sahaja maka sula tiga hari kemudian daripada bunuh dan dihubung dengan buang negeri itu penjara
ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ
Bermula demikian itu balasan itu bagi mereka itu kehinaan pada dalam dunia
وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan bagi mereka itu pada Akhirat aab yang amat besar azab neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan