Ahad, 1 Oktober 2017

An Nisa' - Ayat 135 Ms 196 - 197

۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ
Hai segala mereka yang beriman hendaklah ada kamu berdiri sekelian dengan adil lagi jadi saksi bagi Allah Ta’ala semata-mata dengan sebenar-benarnya
وَلَوْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ
Dan jika atas diri kamu atau atas dua ibu bapa dan segala kerabat sekalipun dengan kamu mengaku dengan yang sebenar dan jangan sembunyi
إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ
Jika ada ia kaya atau miskin maka Allah Ta’ala itu yang terlebih aula dengan keduanya daripada kamu dan terlebih mengetahui dengan muslihat keduanya
فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ
Maka jangan kamu ikut hawa nafsu kamu pada jadi saksi dengan tuntut redha orang kaya dan Rahim orang fakir
أَنْ تَعْدِلُوا ۚ
Bahawa tahu berbuat adil
وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Dan jika kamu tukar saksi atau kamu berpaling daripada jadi saksi maka bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah Ia dengan barang yang kamu beramal amat mengetahui maka membalas Ia akan kamu dengannya