Isnin, 12 Mei 2014

Al Baqarah - Ayat 207



207
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ وَاللّهُ رَؤُوفٌ بِالْعِبَادِ
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

Terjemahan Bahasa Inggeris :
 
And of mankind is he who would sell himself , seeking the pleasure of Allah ; and Allah hath compassion on ( His ) bondmen .

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ
Dan setengah daripada manusia itu mereka yang menjual akan dirinya kerana menuntut keredhaan Allah pada mengerja taat akan Allah dan iaitu Suhaib bin Rumi menyakiti akan dia oleh kafir musyrikin di Makkah hijrah ia kemudia dan meninggal ia akan hartanya
وَاللّهُ رَؤُوفٌ بِالْعِبَادِ
Dan bermula Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Kasih Sayang dengan segala hambanya sekira-kira menunjuk ia akan mereka itu pada jalan keredhaan dan turun pada Abdullah bin Salam dan segala sahabatnya tatkala ta’zim membesar mereka itu hari sabtu dan benci akan daging unta kemudian daripada Islam kerana  sudah biasa pada agama Yahudi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan