Ahad, 7 Mei 2017

An Nisa' - Ayat 77 Ms 179

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً ۚ
Tiadakah engkau lihat kepad segala mereka yang dikata bagi mereka itu tegah oleh kamu akan tangan kamu daripada perang kafir tatkala tuntut mereka itu akan perang di Mekah dahulu daripada hijrah ke Madinah kerana menyakiti kafir bagi mereka itu iaitu jamaah daripada sahabat-sahabat Nabi

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
Dan diberi oleh kamu akan sembahyang dan keluarkan oleh kamu akan zakat

فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ
Maka tatkala difardhu atas mereka itu akan perang itu tiba-tiba satu ffirqah daripada mereka itu takut mereka itu akan manusia seperti takut akan Allah Ta’ala atau terlebih sangat takut

وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ ۗ
Dan kata mereka itu hai Tuhan kami apa kerana Engkau fardhu atas kami ini akan perang apa kerana tiada Engkau ta’khir akan ajal kami kepada ajal yang hampir

قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ
Kata oleh kamu ya Muhammad bersedap-sedap dunia itu sedikit sahaja

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَىٰ
Dan akhirat jua yang terlebih baik bagi mereka yang takut akan Allah Ta’ala dengan tinggal maksiatnya
وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Dan tiada dizalimi akan kamu sebesar urwah celah biji-biji tamar maka perang oleh kamu

An Nisa' - Ayat 076 Ms 178 - 179

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
Bermula segala orang yang mukminin itu berperang mereka itu pada jalan meninggi agama Allah dan segala orang kafir itu berperang pada jalan syaitan.
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا (٧٦

Maka perang oleh kamu akan pertolongan syaitan kerana bahawasa dia syaitan itu ada ia dhaif lemah tiada boleh lawan dia akan Allah dengan segala kafir

An Nisa' - Ayat 075 Ms 178

الذين يقولون رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا (٧٥)

Segala mereka berkata-kata dengan doa hai Tuhan kami kelarkan kami daripada ini qaryah Mekah yang zalim ahlinya dan jadikan bagi kami daripada sisi engkau itu wali yang perintah kami dan jadikan bagi kami daripada Engkau itu pertolongan yang melepas kami daripada mereka itu maka sungguh dimustajabkan Allah akan doa mereka itu dimudah bagi setengah keluar dan tinggal setengah hingga futuh Mekah terbuka Mekah dan terlebih Nabi Muhammah sollahu alaihi wasallam Atab bin Aasid jadi raja Mekah maka insaf ia akan yang kena mazlum daripada yang menzalim umornya lapan belas tahun

An Nisa' - Ayat 074 Ms 178

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَنْ يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maka hendaklah brperang orang yang ikhlas pada jalan agaa Allah akan segala mereka yang jual akan hidup dunia dengan tukar akhirat
فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maka dimati syahid akan dia dalam perang atau menang ia maka lagi kami beri akan dia akan pahl yang besar-besar di Syurga