Selasa, 9 September 2014

Al Baqarah - Ayat 245



مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

TAFSIR NURUL IHSAN

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً
Siapakah mereka yang memberi hutang akan Allah sebagai hutang yang baik dengan nafqah harta daripada suka hati pada jalan agama ALlah
فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً
Maka mengganda-ganda Ia akan dia baginya akan beberapa ganda-ganda yang banyak daripada sepuluh hingga lebih daripada tujuh ratus ganda
وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang memicik rezeki dan yang meluaskan bagi mereka itu yang dikehendaki percubaan Allah
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan kepadaNya dikembali kamu pada akhirat dengan bangkit qubur maka balas Ia akan kamu dengan amalan kamu.


Al Baqarah - Ayat 244



وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
Dan berperang oleh kamu pada jalan I’la’ meninggi agama Allah Ta’ala
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala Amat Mendengar akan perkataan kamu Amat Mengetahui akan ahwal kamu maka membalas Ia akan kamu