Ahad, 11 Mac 2018

Al Maidah - Ayat 30 Ms 220 Baris Ke 7 Dari Atas


فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ
Maka mengelokkan baginya oleh nafsunya akan membunuh saudaranya
فَقَتَلَهُ
Maka membunuh ia akan dia kata Ibnu Juraij tatkala qasad Qabil akan bunuh Habil tiada diketahui betapa kelakuan membunuhnya kerana belum ada bunuh lagi dalam bumi maka menyerupa baginya Iblis maka ambil ia seekor burung maka ditaruh kepalanya atas batu dan dihempas dengan batu lain dan Qabil melihat maka taruh ia akan kepada Habil atas batu dan dihempas dengan batu lain maka mati ia di bukit Jabal Nur disebelum umornya dua puloh tahun dan tatkala sudah bunuh qabil akan habil tinggal akan dia tiada diketahui apa diperbuat kerana ia mula mayat Bani Adam atas bumi maka mengqasad makan akan dia oleh binatang-binatang mengganas akan dia oleh qabil dalam baunya empat puloh hari kata Ibnu Abbas setahun hingga berbau maka menghendaki Allah memperlihat qabil akan jalan kematian anak Adam pada tanam maka menyuruhkan Allah dua ekor burung dindang berkelahi maka membunuh seekor akan yang lain maka mengorek ia dengan paruhnya dan dua kakinya satu lubang kemudian menarik ia akan yang mati itu ke dalam lubang dan kambus akan dia dengan tanah dan qabil melihat
فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maka jadilah qabil daripada orang yang kerugian dengan bertahan dan tiada diketahui apa yang hendak diperbuat

Al Maidah - Ayat 29 Ms 220 Baris Ke 2 Dari Atas


إِنِّي أُرِيدُ أَنْ تَبُوءَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ
Bahawasa aku itu aku kehendak bahawa engkau kembali ke Akhirat dengan dosaku dan dosa engkau hai qabil
فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ ۚ
Maka sebab jadi engkau daripada segala orang ang empunya neraka dan tiada aku kehendak balik ke Akhirat dengan dosa engkau sebab itu aku tiada mahu membunuh engkau firmannya
وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ
Dan demikian itulah balasan segala orang yang zalim-zalim