Ahad, 19 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 19 Ms 161

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا ۖ
Hai segala mereka yang beriman tiada halal bagi kamu bahawa kamu pesakakan perempuan bagi kerabat kamu yang mat itu dengan dikerasi seperti masa jahiliyah jika dikehendaki berkahwin mereka itu akan dia dengan tiada mahar atau kahwin kepada orang lain dan apabaila mereka itu akan maharnya atau enggan mereka itu akan dia hingga tebus perempuan itu dengan harta yang ia hendak dapat pesaka atau mati ia maka ambil pesaka mereka itu akan dia maka ditegah mereka itu daripada yang demikian itu

وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ
Dan jangan kamu tegah akan mereka itu perempuan kamu daripada nikah orang lain dengan tahan mereka itu dan tiada gemar kamu pada mereka itu kerana mudharat sahaja

لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ
Kerana kamu hendak menghilang setengah barang yang kamu beri kepada mereka itu daripada mahar dan nafkah

إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ
Melainkan bahawa mendatang mereka itu dengan zina yang nyata atau nusyuz maka harus bagi kamu beri mudharat mereka itu hingga tebus khulu’ mereka itu daripada kamu ini mansukh maka tiada harus mudharat isteri kerana hendakah suruh tebus pada satu mazhab

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
Dan muasyarah oleh kamu akan mereka itu dengan kebakan pada percakapan dan nafkah dan bermalam

فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ
Maka jika kamu benci akan mereka itu maka sabar kamu

فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا 

Maka mudah-mudahan bahawa kamu benci akan sesuatu dan menjadi Allah padanya kebaikan ang banyak dengan direzeki akan kamu anak yang soleh daripada mereka 

An Nisa' - Ayat 18 Ms 161

ولَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ
Dan tiada taubat itu bagi mereka yang mengerja dosa hingga apabila hadir akan seseorang mereka itu oleh mati dan keluar roh
قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ
Berkata ia bahawasa akau itu taubat sekarang maka tiada manafaat taubat ketika keluar roh dan tiada di terima
وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ ۚ
Dan tiada diterima taubat segala orang yang mati dan mereka it kafir apabila taubat pada Akhirat ketika lihat azab

Bermula mereka itu telah kami sedia bagi mereka itu azab yang sangat sakit

An Nisa' - Ayat 17 Ms 160

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ
Hanya taubat atas Allah erti tardhu atas dirinya diterima taubat dengan kurniaNya itu bagi segala mereka yang mengerja maksiat dengan jahil kemudian taubat mereka itu daripada masa yang hampir dahulu daripada ghargharah sampai nyawa di halqum
فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ
Maka mereka itulah yang mentaubatkan Allah atas mereka itu
Dan adalah Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat mengetahui dengan makhlukNya lagi Hakim pada perbuatanNya dengan mereka itu

An Nisa' - Ayat 16 (Ms 160)

وَاللَّذَانِ يَأْتِيَانِهَا مِنكُمْ فَآذُوهُمَا ۖ
Dan bermula lelaki yang mendatan kedua akan dia zina atau liwat daripada kamu maka hendaklah kamu sakiti keduanya dengan maki dan pukul dengan kasut dan keji dan mengaib
فَإِن تَابَا وَأَصْلَحَا فَأَعْرِضُوا عَنْهُمَا ۗ
Maka jika taubat kedua dan beramal soleh kedua maka berpaling kamu daripada keduanya dan jangan sakiti keduanya
إِنَّ اللَّهَ كَانَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

Bahawasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan yang terima taubat hamba yang taubat lagi rahim ini hukum mansukh dengan hukum had zina