يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ
كَفَرُوا وَقَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ
Hai sekelian
orang yang mukminin janganlah jadi kamu itu seperti segala orang yang kafir
munafiq dan kata mereka itu bagi segala saudara-saudara mereka itu yang mati
dalam perang
إِذَا ضَرَبُوا فِي الْأَرْضِ أَوْ كَانُوا غُزًّى
Apabila musafir
mereka itu pada bumi maka mati ia atau ada mereka itu pergi perang maka dibunuh
akan dia
لَوْ كَانُوا عِنْدَنَا مَا مَاتُوا وَمَا قُتِلُوا
Jika ada mereka
itu di sisi kami nescaya tiada mati mereka itu dan tiada dibunuh mereka itu
erti jangan kamu kata seperti perkataan mereka itu
لِيَجْعَلَ اللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةً فِي قُلُوبِهِمْ ۗ
Kerana hendak
menjadi Allah akan yang demikian itu sesal pada dalam hati mereka itu
وَاللَّهُ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۗ
Dan Allah ta’ala
jua Tuhan yang menghidup dan yang memati jika tiada menegah daripada mati oleh
duduk di rumah seperti tiada mendatangnya dengan perang
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ {156}
Dan Allah ta’ala
dengan barang yang kamu beramala itu amat melihat maka membalas ia akan kamu
dengannya.