Selasa, 21 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 164



إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Tafsir Nurul Ehsan :
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
Bahawasanya pada tujuh lapis langit dan bumi dan barang yang di dalam keduanya daripada segala ajaib
وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
Dan bertukar malam dan siang dengan pergi dan datang dan lebih dan kurang
وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ
Dan perahu yang belayar dalam lautan dan tiada tenggelam
بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ
Dengan barang yang manafaat akan manusia daripada perniagaan hanya muatnya daripada makanan dan pakaian
وَمَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاء فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا
Dan barang yang telah diturunkan Allah daripada langit daripada air hujan maka menghidup ia dengannya akan bumi dengan tumbuh-tumbuhan kemudian daripada matinya keringnya
وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ
Dan mengambur ia di dalamnya bumi daripada sekelian binatang kerana mereka itu bertambah-tambah banyak dengan banyak rumput-rumput yang jadi daripada hujan
وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ
Dan berganti-ganti agin selatan utara timur barat daya hangat dan sejuk lembut deras
وَالسَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ
Dan awan yang dijalan antara langit  dan bumi dengan suruh Allah kepada tempat yang dikehendaki Allah
لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Itu beberapa ayat dalil tanda yang menunjuk atas keadaan Allah Ta’ala esa bagi kamu yang beraqal mereka itu.