Rabu, 29 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 24



۞ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۖ
Dan diharam segala yang mempunyai suami daripada perempuan dahulu daripada dicerai oleh suaminya merdeka muslim ada mereka itu atau tiada melainkan barang yang milik oleh tangan kamu daripada hamba perempuan dengan tawanan maka harus kamu wati’ mereka itu kemudian daripada istibra’ dengan segala haidh dan jika ada suami sekalipun
كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ
Difardhukan Allah ta’ala atas kamu yang demikian itu
وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ ۚ
Dan dihalal bagi kamu barang yang lain yang diharam atas kamu itu bahawa kamu tuntut perempuan dengan harta kamu mahar atau harga hal kamu berkahwin tiada zina
فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ
Maka mana-mana peempuan yang kamu ambil kekaan dengannya daripada mereka itu perempuan kamu kahwin dengna wati’ itu maka beri oleh kamu akan mereka itu mahar mereka itu yang kamu fardhukan bagi mereka itu itu fardhu
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ ۚ
Dan tida mengaa atas kamu pada barang yang kamu beridha ridha dengan mereka itu daripada perkurang atau perebih mahar itu
 إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Bahasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Tuhan Yang Amat Mengetahui dan Amat Halim pada barang yang ditadbir bagi mereka itu.

An Nisa' - Ayat 23

AYAT 23