Khamis, 1 November 2018

Al Maidah - Ayat 94 Ms 242 Baris Ke 2 Dari Atas


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
Hai segala orang mukminin
لَيَبْلُوَنَّكُمُ اللَّهُ بِشَيْءٍ مِنَ الصَّيْدِ تَنَالُهُ أَيْدِيكُمْ وَرِمَاحُكُمْ
Demi Allah sungguh lagi mencuba akan kamu oleh Allah Ta’ala dengan satu daripada perburuan yang boleh dapat mencapai akan dia tangan kamu dan lembing kau daripada himar hutan dan kijang rusa dan burung di tempat bernama Hudaibiah pada hal mereka itu dalam ihram Umrah tahun ke enam kerana dalam ihram berburu haram adakah kamu junjung hukum atau tiada
لِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَخَافُهُ بِالْغَيْبِ ۚ
Supaya mengetahui Allah akan mereka takut akan dia dengan ghaib tiada lihat maka menjauh ia akan berburu dalam ihram kerana junjung tegah Allah
فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maka barang siapa yang sengaja berburu kemudian daripada yang demikian itu tegah maka baginya azab yang sangat sakit neraka demikianlah orang yang sengaja langkah hukum Allah