Selasa, 4 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 182




فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفاً أَوْ إِثْماً فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

TAFSIR NURUL IHSAN

فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفاً أَوْ إِثْماً
Maka barang siapa takut daripada orang yang berwasiat itu cenderung daripada yang benar dengan khato’ atau dosa dengan melebih atas tuluth (1/3) atau tentu yang kaya sahaja
فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ
Maka berbuat sulhu damai ia antara mereka itu dengan suruh buat adil
فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ
Maka tiada dosa atasnya
إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bahawasanya Allah Ta’ala itu Tuhan Yang Amat Mengampuni lagi kasih saying hambaNya.