Khamis, 25 Januari 2018

Al Maidah - Ayat 12 Ms 213 Baris Paling Atas

۞ وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
Dan sungguh Allah mengambil akan janji Bani Israel
وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا ۖ
Dan kami diri daripada mereka itu dua belas naqib penghulu tiap-tiap satu asbat seorang penghulu menjaga kaumnya maka Bani Israel dua belas asbat keturunan dua belas anak-anak Nabi Yaakub as
َقَالَ اللَّهُ إِنِّي مَعَكُمْ ۖ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلَاةَ وَآتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَآمَنْتُمْ بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
Dan firman Allah Ta’ala bagi mereka itu bahawasa aku serta kamu dengan pertolongan kamu demi Allah jika kamu diri akan sembahyang dan kamu keluarkan zakat dan kamu beriman dengan segala rasul-rasulku dan kamu ta’zhim mulia akan mereka itu dengan menolong mereka itu berperang dan kamu beri hutang akan Allah Ta’ala akan sebagai hutang yang baik dengan dibelanjakan pada agamanya
و لَأُكَفِّرَنَّ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ
Sungguh aku kaffarah ampun daripada kamu itu akan segala dosa kamu dan sungguh aku masuk akan kamu akan beberapa syurgaku yang mengalir daripada bawah mahligainya dan pokok-pokok beberapa sungai air tawar
فَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Maka barang siapa yang kufur tiada ikut perjanjian kemudian daripada demikian perjanjian daripada kamu maka sungguh telah sesat ia akan betul jalan agama maka membatalkan mereka itu akan perjanjian itu dengan tiada ikut firmannya