Selasa, 9 Ogos 2016

An Nisa' - Ayat 34 Ms 167

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
Bermula segala lelaki itu berdiri mereka it kerasi atau segala perempuan dan mengajar mereka itu dan menegah akan mereka itu daripada kajahatan
بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ
Dengan sebab barang yang melebihi Allah setengah mereka itu lelaki atas setengah dengan ilmu dan aqal dan agama dan wilayah dan saksi dan jihad dan jumaat dan jamaah dan imam dan nabi dan khulafa’ dan nikah empat dan lebih pesaka dan nasab kepada laki-laki dan talaq dan nikah dan ruju’ dan lainnya
وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ
Dan dengan sebab barang yang manafaat mereka itu daripada segala harta mereka itu
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ
Maka bermula segala perempuan yang soleh-soleh lagi yang taat bagi suami mereka itu dengan barang yang memelihara mereka itu sekelian bagi diri mereka itu dan faraj ketika ghaib suami mereka itu dengan barang yang memelihara akan mereka itu oleh Allah Ta’ala sekira-kira wasiat akan suami mereka itu dengan pelihara mereka itu isteri
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ
Dan bermula segala perempuan yang kamu zon akan nusyuz mereka itu bagi kamu dengan zahir alamatnya
فَعِظُوهُنَّ
Maka ajar oleh kamu akan mereka itu dengan pertakut akan azab Allah atas perempuan yang nusyuz dan menggugur nafqah dan kiswah dan giliran
وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ
Dan tinggal oleh kamu akan mereka itu pada seketiduran jika menzahir mereka itu akan nuysuz
وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ
Dan balun oleh kamu akan mereka itu sebagai balun yang tiada membinasa jika tiada hilang nusyuz dengannya tinggal ketiduran
فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ
Maka jika taat mereka itu akan kamu pada barang yang dikehendaki maka jangalah kamu cari jalan lagi pada pukul mereka itu dengan zalim
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Bahawasa Allah Ta’ala itu adalah Ia Maha Tinggi dan Maha Besar maka hendaklah kamu takut akan Dia jika kamu zalim mereka itu.