Jumaat, 4 Mac 2016

Ali Imran - Ayat 173, Muka Surat 146 (Cadangan Utk Rabu 9 Mac 16)

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ
Segala mereka yang berkata bagi mereka itu oleh manusia Naim ibnu aswa al Asja’i
إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ
Bahawa manusia Abu Sufian dan sahabatnya sungguh menghimpun mereka itu bagi kamu tentera yang banyak hendak menghabis akan kamu maka takut oleh kamu akan mereka itu dan jangan kamu pergi di Badar As Sughro yang janji Abu Sufian hendak berperang di sana maka dating ketakutan diupah Naim ini sepulu unta suruh kata perkataan itu
فَزَادَهُمْ إِيمَانًا
Maka bertambah akan mereka itu iman dengan Allah dan yakin
وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Dan membaca mereka itu ayat itu di jalan pergi itu makna memada akan kami Allah dan sebaik yang diserah kepadanya pekerjaan maka keluar mereka itu serta Nabi seribu lima ratus orang dan Abu Sufian keluar sampai di tempat (Nabi) nama Marra Zahran balik ke Mekah sertanya dua ribu Quraisy ketika dating ketakutan dan a dalah serta sahabat nabi tijarah dan jual mereka itu maka dapat laba mereka itu, firman Allah Ta’ala


Ali Imran - Ayat 171 Muka Surat 146 (dibentang pada 10 Mac 2016)

Bukit Uhud
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ
Suka mereka itu dengan ni’mat daripada Alah dan kurnia lebih atasnya.
  وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan bahawasa  Allah Ta’ala itu tiada mensia-sia akan pahala orang yang mukminin tetapi memberi pahala akan mereka itu

Ali Imran - Ayat 170, Muka Surat 145 (Cadangan Utk Isnin 7 Mac 16)

Bukit Rumma, Tempat Pemanah
فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ
Suka mereka itu dengan barang yang diberi akan mereka itu oleh Allah  daripada kuriaNya dan mereka itu suka dengan segala mereka yang tiada menghubung dengan mereka itu daripada kemudian mereka itu daripada saudara mereka itu yang mukminin dalam dunia
أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Bahawa tiada takut atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita pada Akhirat (Ayat 170)