Rabu, 8 Julai 2020

Al Maidah - Ayat 108


 Tafsir Nurul Ihsan Ms 247 Baris Ke 8

ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يَأْتُوا بِالشَّهَادَةِ عَلَىٰ وَجْهِهَا
Bermula yang demikian itu kembali sumpah kepada waris terlebih hampir bahawa mendatang mereka itu saksi atau segala orang yang berwasiat dengan saksi atas wajahnya yang mereka itu tanggungan daripada ketiadaan ditukar dan khianat

أَوْ يَخَافُوا أَنْ تُرَدَّ أَيْمَانٌ بَعْدَ أَيْمَانِهِمْ ۗ
Atau takut mereka itu bahawa dikembalikan sumpah kemudian daripada sumpah mereka itu atas segala waris yang mendakwa maka bersumpah mereka itu atas khianat dan dusta mereka itu pula maka dapat kekejian mereka itu dan kena bayar

وَاتَّقُوا اللَّهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah dengan meninggalkan khianat dan dusta

وَاسْمَعُوا ۗ
Dan dengan oleh kamu barang yang disuruh dengannya dengan terima

وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang tiada beri hidayah Ia akan segala kaum yang fasiq-fasiq kepada jalan kebajikan