Selasa, 10 Julai 2018

Al Maidah - Ayat 47 Ms 227 Baris Ke 6 Dari Bawah


 وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Dan hendaklah menghukum oleh ahli Kitab Injil dengan barang yang telah diturunkan Allah Ta’ala padanya dan barang siapa tiada menghukum dengan barang yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itu mereka itulah yang fasiq sekelian.

Al Maidah - Ayat 46 Ms 227


 Hukum Injil
وَقَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ ۖ وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ
Dan telah kami ikut atas bekas mereka itu nabi-nabi itu dengan Nabi Isa ibnu Maryam hal membenarkan ia bagi barang yang hadapannya daripada Taurah dan kami datangkan dia Injil padanya pertunjuk daripada sesat dan nur kenyataan segala hukum-hukum
وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ
Dan membenar bagi barang yang di hadapan daripada Taurah kerana barang yang ada padanya daripada segala hukum
وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ
Dan hidayah dan pengajaran bagi segala orang yang takutkan Allah dengan junjung suruh dan tegahnya