Sabtu, 17 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 6



 هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ
Ialah Tuhan yang merupa akan kamu pada dalam segala rahim ibu kamu betapa yang dikehendaki laki-laki dan perempuan bayadh dan sawad putih hitam dan lainnya yang demikian itu
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar melainkan DIA
الْعَزِيزُ
Yang ghalib menang pada kerajaanNya
الْحَكِيمُ
Yang amat hakim pada perbuatanNya

Ali Imran - Ayat 5



إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَىٰ عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
Bahawasanya Allah Ta’ala itu tiada tersembunyi atasNya suatu pada dalam bumi dan tiada pada dalam langit kerana diketahunya dengan barang yang jatuh dalam alam ini kulli dan juz’i, kulli umpama sebuah negeri, juz’i umpama banyak orang dalamnya ditentu keduanya sebutan kerana pendapatan pancaindera lima tiada lampau keduanya.