Khamis, 7 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 45



إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ
Sebut olehmu ya Muhamad ketika berkata oleh Malaikat Jibrail
يَا مَرْيَمُ
Hai Maryam
إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
Bahasanya Allah Ta’ala menyuka akan dikau dengan kalimah daripadaNya anak namanya masih Isa anak Maryam dikhitab akan maryam dengan nisbah anak kepadanya kerana memberi jaga atas bahawasanya ia peranak akan dia dengan tiada bapa kerana adat laki-laki dinisbah kepada bapa mereka itu
وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Yang empunya kemegahan pada dunia dan akhirat dengan jadi Nabi dan syafaat dan darjat yang ‘ala (tinggi)
وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ
Dan daripada jumlah segala orang yang hampir dengan Allah