Ahad, 12 April 2015

Ali Imran - Ayat 36



فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَىٰ
Maka tatkala beranak ia akan dia berkata ia Hai Tuhanku bahasanya aku beranakan dia perempuan dan adalah harap ia ghulam laki-laki kerana tiada boleh jadi pegawai masjid itu melainkan laki-laki.
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ
Dan bermula Allah Taala itu terlebih mengetahui dengan barang yang telah beranak ia
وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَىٰ ۖ
Dan tiada laki-laki seperti perempuan kerana tiada patut bagi khidmat baitul maqdis sebab dhaifnya dan auratnya dan barang yang berlaku dengannya daripada haid dan lain-lainnya dan muhtamal daripada kalam Allah Ta’ala jadi makna tiada laki-laki yang engkau tuntut itu seperti perempuan yang aku beri ini kerana ini perempuan wali dan ibu Nabi yang zahir pada tangannya dan tangan anaknya beberapa keramat dan mukjizat yang besar-besar dan syafaat dan darjat yang tinggi dan rasul kepada Bani Israel
وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ
Dan bahawa aku nama akan dia Maryam makna Khadam Tuhan
وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Dan bahawa aku pinta berlindung akan dia dengan engkau dan anak cucunya daripada syaitan yang kena kutuk pada hadith tiada daripada kanak-kanak yang peranak melainkan tikam akan dia oleh syaitan dengan anak jarinya ketika diperanak maka teriak ia melainkan Maryam dan anaknya riwayat akan dia syaikhan/Bukhari dan Muslim.

Ali Imran - Ayat 35



إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ
Ketika berkata oleh isteri Imran nama Hannah tatkala berumor ia dan igin akan anak maka doa ia dan berasa ia dengan bunting.
رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا
Hai Tuhanku bahawa aku bernazar bagi Engkau yang dalam perut aku daripada anak itu merdeka daripada segala pekerjaan dunia bagi khidmat baitul maqdis sahaja.
فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka terima oleh-Mu daripada aku kerana bahawa Engkau itu Engkau Tuhan Yang Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui dengan segala niat hamba dan mati Imran dan dia hamil