Isnin, 3 September 2018

Al Maidah - Ayat 74 Ms 236 Baris Ke 8 Dari Bawah


أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maka kerana apa mereka itu tiada mahu taubat kepadaa Allah dan pinta ampun mereka itu akan dia daripada perkataan mereka itu tuhan tiga itu dan Allah Ta’al itu yang amat mengampuni bagi orang yang bertaubat jika taubat ia lagi amat Rahim ia kepada mereka itu

Al Maidah - Ayat 73 Ms 236 Baris Ke 10 Dari Atas


لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا
Sungguh telah jadi kafir segala mereka yang berkata
إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ
Bahawasa Allah itu satu daripada tiga tuhan iaitu Isa dan ibunya ini perkataan Nasturiah dan marqusiah daripada nasara
وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ
Dan tiada daripada tuhan itu melainkan Tuhan yang esa
وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ
Dan jika tiada berhenti mereka itu nasara daripada barang yang mereka itu kata tuhan tiga itu
لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sungguh lagi mengena akan orang yang kafir daripada mereka itu azab yang sangat sakit neraka


Al Maidah - Ayat 72 Ms 236 Baris Paling Atas


TAFSIL KEKEJIAN NASARA
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ
Sungguh telah jadi kafir segala mereka yang berkata bahasa Allah Ta’ala ialah Masih anak Maryam ini perkataan Yaaqubiah
وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۖ
Dan berkata Nabi Isa hai Bani Israel sembah oleh kamu akan Allah Ta’ala Tuhan kamu aku dan Tuhan kamu ini hamba bukan aku tuhan yang seperti yang kamu kata itu
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Bahawasanya barang siapa syirik dengan Allah I’tiqad satu hamba kata Allah atau perbuatannya seperti perbuatan Allah pada menghidup memati maka sungguh telah mengharamkan Allah Ta’ala di atas bahawa masuknya akan syirik
وَمَأْوَاهُ النَّارُ ۖ
Dan tempat kembalinya neraka
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
Dan tiada bagi segala orang yang zalim dengan kufur dan syirik itu daripada pertolongan yang boleh melepas daripada azab Allah

Al Maidah - Ayat 71 Ms 235 Baris Ke 6 Dari Bawah


 وَحَسِبُوا أَلَّا تَكُونَ فِتْنَةٌ فَعَمُوا وَصَمُّوا
Dan setengah mereka itu bahawa tiada jadi fitnah di atas dusta Rasul dan bunuh itu mka buta mereka itu daripada jalan yang benar dan tuli mereka itu daripada mendengar
ثُمَّ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
Kemudian memberi taubat Allah Ta’ala atas mereka itu tatkala mereka itu bertaubat
ثُمَّ عَمُوا وَصَمُّوا كَثِيرٌ مِنْهُمْ ۚ
Kemudian buta mereka itu dan tuli mereka itu pula yang kedua kali kebanyakan daripada mereka itu
 وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat melihat dengan barang yang berbuat amal mereka itu maka membalas ia akan mereka itu dengannya

Dibentang pada 3 Sept 18 di Masjid Bukit Indah, Ampang.