Isnin, 6 April 2020

Al Maidah 104



وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?.
TAFSIR NURUL EHSAN Ms 245 Baris Ke 9 Dari Bawah

 وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ

Dan apabila dikata bagi mereka itu marilah kamu kepada hukm barang yang telah diturunkan oleh Allah Ta’ala dan kepada rasul daripada menghalal barang yang kamu mengharam

قَالُوا

Kata mereka itu

حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ

Memadai kami barang yang kami dapati di atas bapa-bapa kai daripada agama dan syariat firmanNya

أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Jika ada bapa-bapa mereka itu tiada mengetahui suatu hokum dan tiada dapat hidayah yang dijalan agama yang sebenar sekalipun memadaikah juga